Like Fanpage : Follow twitter :

Ibu Bapa Tangkap Anak Bersekedudukan Dengan Lelaki Nepal

Posted by Anonymous on Wednesday, January 04, 2012

Oleh kerana naluri seorang ibu yang cukup kuat dan ditambah pula dengan aduan daripada jiran tetangga, seorang ibu nekad untuk menyiasat sendiri kegiatan anak perempuannya berusia 17 tahun yang sering membawa masuk boyfriendnya, seorang lelaki warga Nepal ke kamar tidur.

Pada malam kantoi tu, ibunya berpura-pura tidur untuk mengintai anak gadisnya itu. Dia melihat anaknya mundar-mandir sebelum terlihat anaknya itu membuka pintu dan mengajak seorang lelaki ke dalam biliknya.

Luluh berkecai hati ibu itu apabila melihat lelaki itu berada di atas katil anak gadisnya. Anak gadisnya itu mengaku sudah 9 bulan menjalinkan hubungan dengan warga nepal terbabit. 

Selepas kantoi, boyfriend Nepal itu menyusup keluar dan gagal dikesan. Polis telah menerima laporan dan siasatan menjurus kepada kes rogol. Polis perlu menunggu laporan daripada pihak hospital sebelum siasatan dilakukan.

Kejadian berlaku di Klang.