Like Fanpage : Follow twitter :

Online Store Halal untuk MUSLIM di Jepun

Posted by Ir on Monday, June 25, 2012

image

Hai.. Duduk di Korea selama 2 minggu hanya perlu mencari makanan segera. Tak perlu untuk memasak, lagi pun duduk asrama. Bukan senang nak cari makanan halal. Tapi bila duduk Jepun 3 bulan, mesti terasa jugak nak masak.

 

My bro sekarang kat Jepun untuk buat beberapa kajian Master disana.. Bukan senang nak cari makanan halal, kalau nak beli pun jauh dari kediaman yang didiami. Tapi semalam tak sangka baru tahu ada Online Store untuk pembelian barang barang mentah untuk memasak.

 

Baticrom.com merupakan Online Store Halal di Tokyo, Jepun. Memang mudah untuk mereka yang menetap disana. Penghantaran ke rumah turut disediakan sekiranya pembelian melebihi 7000 yen, bersamaan RM280. Tapi kalau tak cukup mungkin kena caj 1200 yen untuk penghantaran..

 

Untuk mereka yang tak tahu, ada produk makanan malaysia dalam Baticom. Semuanya di import dari Malaysia. Jenama maggie, adabi, brahim dan lain lain.

 

Baticrom bukan sahaja jual barang mentah untuk memasak, turut juga ada penjualan buku, cd dan pakaian. Mudah.. tapi biasa untuk kita sebagai muslim adalah barang barang yang Halal untuk memasak.. Apa-apa pun, untuk mereka yang gusar mengenai makanan halal tuh, boleh la visit baticrom.com.

image