Like Fanpage : Follow twitter :

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Bermula 3 Julai 2012

Posted by Ir on Tuesday, June 26, 2012

image

Siapa tahu, oleh kerana permintaan yang tinggi , Astro Oasis (Ch 106) akan menerbitkan rancangan Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus yang bermula pada 3 Julai 2012. Rancangan tersebut akan ditayangkan pada pukul 7.30 malam dan siaran ulangan pasa pukul 11.00 malam.

 

Dalam rancangan ini Ustaz Azhar Idrus akan menggunakan sepenuhnya loghat Terengganu. Untuk mereka yang tidak mengetahui , Kemah Keming bermaksud Kuat dan kemas.

 

Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan video ceramah di Youtube dan Facebook, dan jenaka dalam ceramah beliau, mendapat sambutan dari semua lapisan umur. Apa apa pun, memang kita nantikan penampilan pertama Ustaz Azhar Idrus di television.