Like Fanpage : Follow twitter :

Ilmu Ghaib 5 Saat.. Phewww

Posted by Ir on Sunday, May 20, 2012

image

Ramai yang akan mengaitkan seorang guru silat yang terkenal di Merapoh dengan ilmu serta kehandalan yang dimiliki kerana dia tidak perlu menaiki kenderaan untuk ke Kelantan,

“Memang saya boleh ke Kelantan dalam tempoh tidak sampai lima saat. Kalau tidak percaya, saya boleh buktikan,” kata Ismail Abdullah, 68, yang menetap di Kampung Mentara Baru, Merapoh, dekat sini.

Kata Ismail, bukan niatnya untuk bermegah dan berbangga, tetapi memang bukan sesuatu yang sukar baginya ke negeri jiran itu.

Jangan terkejut, Ismail bukan menggunakan ilmu hitam tetapi disebabkan rumah beliau terletak betul betul di garisan sempadan Kelantan dan Pahang membuat kan Ismail boleh memasak di Kelantan dan tidur di Pahang dalam sekelip mata… =)

“Kalau mengikut sijil kelahiran, saya orang Kelantan, tetapi saya merasakan saya orang Pahang kerana sebahagian besar dari hidup saya dihabiskan di negeri itu,” katanya.