Like Fanpage : Follow twitter :

Menguap boleh berjangkit!

Posted by Ir on Tuesday, January 17, 2012

image

Menurut satu kajian yang dilaporkan, menguap dikatakan boleh berjangkit kepada orang lain. Mungkin mereka yang bersebelahan dengan kita.Hasil kajian dalam jurnal Public Library of Science, menyatakan menguap adalah ikatan empati yang terjadi dalam sesuatu kelompok sosial.

Prof Elisabetta Palagi ketua pengkaji dari Universiti Pisa Itali berkata, mereka menjalankan kajiaan keatas 109 dewasa, 53 daripadanya lelaki di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika yang mengambil masa selama 12 bulan. Dan hasilnya menunjukkan 480 kes menyatakan menyuap selepas 3 minit orang lain menguap.

Faktor yang sebenar menyebabkan jangkitan menguap bukan dari mereka yang kenal satu sama lain seperti keluarga, teman rapat dan orang asing atau baru dikenali. tetapi mereka yang mempunyai keakraban yang tinggi dalam sesuatu hubungan...

notakaki: tapi bagi saya, memang betul menguap boleh berjangkit, sebab setiap kali saya tengok sesiapa yang berdekatan saya menguap, saya akan menguap selepas itu.. hmm