Ini resepi tat nenas sempena raya.. hehe.. baru je wat sat tadi.. hehe.. favorite setiap tahun.. memang sedap.. jom tengok bahan bahan dia..
Bahan bahan:
1 buku BUTTER
4 cawan TEPUNG GANDUM
2 sudu besar SERBUK BADAM
1 sudu besar SUSU TEPUNG
1/2 sudu kecil GARAM
1/2 cawanTEPUNG JAGUNG
1/2 cawan GULA HALUS
2 biji KUNING TELUR
1 sudu kecil ESEN VANILA
Sedikit pewarna KUNING
JEM NENAS
Cara cara:
1- Pukul gula halus bersama butter.
2- Masukkan telur kuning + ESEN VANILA dan pukul sedikit sahaja.
3- Masukkan serbuk badam + SUSU TEPUNG + TEPUNG JAGUNG dan terakhir adalah TEPUNG GANDUM.
4- Uli sehingga doh betul betul lembut.
5- Gunakan acuan tat gulung untuk menampakkan bentuk dan masukkan JEM NENAS di tengah tengah sebelum di gulung.. U
6- Untuk nampak lagi cantik, sapukan kuning telur di atas TAT tersebut.
7- Bakar dalam suhu 110 selama 5 – 10 minit.
Selamat mencuba RESEPI TAT NENAS.. YUMMY YUMMY…