Assalamualaikum.. Baru berkesempatan nak buat entri ini. Siapa sangka, setelah setahunrekod dipegang oleh Universiti Pendidikan SUltan Idris, pada 24 Mac 2012, Projek Bakti Kinabalu 2012 dibawah Kolej Kediaman Kinabalu , Universiti Malaya telah berjaya memecahkan rekod Malaysian Book Of Records dalam mencipta rekod Logo 1 Malaysia Terbesar menggunakan bebola Kertas..
Setelah bertungkus lumus selama 70 hari dalam mencari kertas terpakai, membuat gumpalan bersama penghuni Kolej Kediaman Kinabalu serta mengecat dalam masa 2 hari, sebelum menyusun bebola di padang Varsiti pada pagi Sabtu 24 Mac 2012, akhirnya impian yang ditunggu tunggu untuk memecahkan rekod Malaysian Book of Record akhirnya berjaya dilakukan dengan jumlah gumpalan sebanyak 150,000 gumpalan kertas disaksikan oleh Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar , Universiti Malaya.
Berbekalkan sokongan kuat pihak pengurusan iaitu Pengetua Kolej Kediaman Kinabalu, Profesor Dr. Zulqarnain bin Mohamed, Penasihat Projek Bakti Kinabalu, En. Mohd Azwan bin Jaafar, barisan Felo-felo kolej Kediaman , Pengerusi JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan Nur Atiqah binti Ghazali dan dengan bantuan dari Jawatankuasa Induk Kolej, Jawatankuasa Tindakan Kolej serta seluruh penghuni Kolej Kediaman Kinabalu, sebuah logo 1 Malaysia Terbesar terhasil dengan ukuran 123.6 meter x 31 meter, boleh dikatakan sebesar padang bola sepak.
Projek Bakti Kinabalu 2012 memecah rekod Logo 1 Malaysia yang dilakukan di padang Sukaneka Univerisiti Malaya dalam masa yang sama turut diadakan Karnival Amal pada hari tersebut dan juga Konsert Amal pada 25 Mac 2012 yang dihadiri oleh artis jemputan Monoloque, Imran Ajmain dan Pesawat. Selain itu terdapat juga persembahan jemputan dari peserta feseni kolej seperti tarian India, Band , dan beberapa jemputan khas seperti ahli silap mata serta tarian michael jackson. Projek ini mendapat tajaan dari Maxis.
Projek Bakti Kinabalu 2012 bermatlamatkan beramal untuk membantu dua rumah kebajikan iaitu Rumah Penjagaan Anbe Sivam dan RUmah Penjagaan Kanak Kanak Cacat Taman Megah.
Pada Majlis Penutupan Projek Bakti Kinabalu 2012, penyerahan sijil Malaysian Book Of Records kepada pihak kolej telah diadakan beserta penyampaian sumbangan kepada dua rumah kebajikan dengan jumlah sumbangan RM1200. Kami, ahli jawatankuasa berbesar hati dapat membantu rumah kebajikan bagi meringankan beban mereka sekaligus melahirkan rasa tanggungjawab sosial mahasiswa dan mahasiswi. Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan derma untuk disalurkan kepada rumah kebjikan.
Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Projek Bakti Kinabalu 2012 samaada secara langsung ataupun tidak langsung. Jasa anda amat kami hargai..
AKtiviti bersama penghuni Kolej Kediaman Kinabalu - 2 jam bersama Recycle Paper
Presiden JTK Kolej Kediaman Kinabalu – Alif Tarmizi
Barisan JTK yang banyak membantu bagi melaksanakan Logo 1 Malaysia
Our beloved Principal, Professor Dr. Zulqarnain bin Mohamed dan penasihat Projek Bakti Kinabalu , En. Azwan bin Jaafar
Sebahagian daripada pihak pengurusan yang turut sama memberi sokongan dan turut sama membantu
Malam mengecat – sebelum event.
Mengecat dan membuat perseiapan untuk Karnival Amal tanpa tidur malam.. sehingga event pagi sabtu 24 Mac 2012
Sijil replika dari Malaysian Book of Records.
Wakil dari rumah kebajikan, sama sama membantu menyiapkan logo 1 Malaysia Terbesar
Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Projek Bakti Kinabalu 2012 bersama artis jemputan untuk Konsert Amal : Pesawat.
Dari kanan, Pengerusi JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan – Nur Atiqah binti Ghazali, Pengarah Projek Bakti Kinabalu – Siti Norfa Liana, Penasihat Projek Bakti Kinabalu – En. Mohd Azwan Bin Jaafar, Artis Jemputan – Imran Ajmain, Pengetua Kolej Kediaman Kinabalu – Profesor Dr. Zulqarnain bin Mohamed, dan Penyelia Kolej Kediaman Kinabalu – En. Izzat.
ditulis oleh:
Siti Norfa Liana Sahifulddin
Pengarah
Projek Bakti Kinabalu 2012
Kolej Kediaman Kinabalu
Universiti Malaya.
Dibawakan khas oleh :