Like Fanpage : Follow twitter :

Beli Laptop Dapat Batu…

Posted by Ir on Friday, April 13, 2012

Melalui forum lowyat baru-baru ini seorang pengadu telah mengupload gambar sebuah kotak berisi batu. Menurut pengirim,, dia telah membeli sebuah laptop untuk pelanggannya. Namun apabila sampai di tangan nya, apa yang diterima ialah sebiji batu.

Pada mulanya, ramai orang menganggap dia telah ditipu seperti mana kes beli samsung galaxy dapat lesung batu.. namun dia menyanggahnya dengan mengatakan bahawa dia sudah mengenali penjual agak lama. Dan dia sudahpun melaporankan kepada pihak polis mengenai hal ini.

Tambahnya lagi, sekarang kemungkinan besar dalang kejadian tukar laptop ke batu ialah peon dari syarikat currier yang terlibat. Sebuah laporan telah dilakukan pada pejabat skynet dan pihak pengurusan mengatakan penghantar barang tidak datang kerja malah tidak dapat dihubungi setelah kes ini terjadi.

Pengajaran dalam kisah ini ialah, sebaiknya barang-barang yang nilainya mahal biarlah kita beli secara COD (Cash on Delivery). Bila dah dapat barang, baru kita bayar. Baru lah lebih selamat dan terjamin barang yang sampai kepada kita tu merupakan barang yang betul sepertimana yang kita order sebelm tu. Hope dapat la share kisah ni kat kawan-kawan yang lain supaya takde lagi orang yang kena tipu macam kes ni. sekian terima kasih.

Credit to Azrijohan.com

OK, pengajaran untuk diri sendiri..selalu suka beli online..