Assalamualaikum peepss..
Hari ni aku berjaya buat Spaghetti Carbonara.. Resepi dan spaghetti ni paling mudah untuk di buat berbanding ngan spaghetti bolognese.. tapi kalau nak jugak resepi blognese boleh ke sini Resepi Spaghetti Bolognese..
Tapi sekarang aku nak gitau resepi Spaghetti Carbonara Lada Hitam…. hehe.. mudah tersangat mudah… check bawah ni..
Pic source from Google
Bahan-Bahan:-
1/2 bungkus spaghetti
1 tin sos carbonara Prego
Sotong / Udang / ayam / atau daging (pilih mana satu atau semua sekali)
Bawang putih (cincang)
Bawang merah (cincang)
Mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar @ susu tepung + air
Garam secukup rasa
Lada sulah. & Serbuk Lada Hitam
Cara cara :
Rebus Spaghetti (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
Tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan ayam tadi. sampai ia masak.
Masukkan sos carbonara kacau sebati.
Masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
Nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
letakkan garam dan lada sulah untuk perasanya,
Siap untuk di makan!