Like Fanpage : Follow twitter :

Kisah disebalik rompakan di rumah Wardina, terharu kalau ada suami seperti IKHWAN

Posted by Ir on Saturday, January 14, 2012

image

Alhamdulillah.. Semua selamat.. itu lah yang kita harapkan daripada kejadian rompakan di rumah seorang artis iaitu Wardina Saffiyah..

Aku tertarik dengan keperihatinan suami beliau iaitu Ikhwan dalam menjaga aurat bagi isterinya, walaupun dalam keadaan nyawa di hujung tanduk.

Cerita yang telah diceritakan oleh Wardina semasa kejadian rompakan , Wardina yang sedang tidur, dikejutkan oleh perompak yang telah masuk ke bilik tidur beliau. Beliau masih lagi menjaga segala aurat, berada di bawah selimut bagi mengelakkan aurat ternampak oleh perompak..

Makin aku terharu bila Ikhwan marah pada perompak yang cuba untuk membuka selimut yang menyelubungi badan Wardina.. Alangkah indahnya kalau aku pun dapat suami seperihatin begitu seperti Ikhwan.. Menjaga batasan si isteri tidak kira dimana pun..

Chocolate Cocoaphilia Percuma untuk semua! Cepat!

Inilah yang diceritakan oleh Wardina..

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

Disebabkan itu lah, Wardina sangat marah apabila ramai blogger yang memuat naikkan gambar beliau dulu yang tidak bertudung. Berapa ramai suami seperti Ikhwan? agak agak ada tak yang macam Ikwan?

Yang boleh kita nampak.. Nyawa no satu.. kalau dalam keadaan macam tuh gerenti dah tak bertudung kan? wallahualam..

Untuk membaca kisah sebenar dari Wardina, boleh ke Kisah Sebenar Rompakan di Rumah Wardina..