Like Fanpage : Follow twitter :

Dunia Hampir Kiamat

Posted by Anonymous on Friday, January 13, 2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...


"Dunia semakin hampir menuju kiamat."

Itulah yang dikatakan oleh sekumpulan saintis yang bergelar Kumpulan Saintis Atom (BAS).

Mereka juga menyatakan tiada langkah yang mencukupi untuk menghentikan pertambahan bilangan senjata nuklear sebagai punca pergerakan jam berkenaan.

Dalam kisah lain pulak, tahun 2012 diramalkan akan menjadi antara 10 tahun yang paling panas dalam tempoh 160 tahun. Saintis kaji cuaca meramalkan, suhu pada 2012 adalah 0.48 darjah Celsius lebih panas berbanding purata suhu sepanjang tahun lalu. Kejadian ni rentetan daripada fenomena La Nina.


“La Nina kembali semula. Walaupun ia tidak sekuat seperti awal tahun lalu, ia masih memberi pengaruh ke atas suhu pada tahun mendatang. Berikutan itu, kami meramalkan 2012 sebagai tahun yang lebih panas berbanding tahun lalu, tetapi tidak sepanas tahun 2010,” kata Adam Scaife merangkap ketua jabatan ramalan cuaca Britain.

Cuaca kat Malaysia sekarang memang sangat-sangat panas terik. Mungkin sebab pemanasan global. Tentang kiamat pulak, tiada siapa yang tahu bila berlakunya kiamat. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui waktu bila kiamat akan tiba. Bahkan Nabi Muhammad SAW selaku Utusan Terakhir sendiri tidak mengetahuinya. Tapi, tak salah kan kalau kita semua berubah ke arah kebaikan sebagai persiapan di hari perhitungan kelak?

Selamat beramal.