Like Fanpage : Follow twitter :

Benarkan Pelajar Pakai Tudung

Posted by Anonymous on Wednesday, January 11, 2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
 
Kira-kira 200 aktivis pertubuhan Islam Thailand berkumpul di Bangkok untuk memprotes perjudis terhadap pelajar yang memakai tudung di sekolah Buddha.
 
Sekolah Menengah Wat Nong Jok menarik balik pengharaman pemakaian tudung tahun lalu tetapi pelajar mendakwa mereka masih dipaksa membuka tudung oleh guru mereka.
 
Pihak sekolah berkata, tudung diharamkan kerana bangunan sekolah terletak di dalam kawasan kuil tetapi arahan itu ditarik balik kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Thailand yang membenarkan pelajar memakai tudung.
 
*Sumber Harian Metro (11 Januari 2012)
 
 
Itu di negara yang sering bergolak dengan sentimen perkaumannya yang kuat. Bagaimana pula di negara kita di Malaysia? Walaupun di sekolah mewajibkan pemakaian tudung, tapi berapa ramai yang akan kekal bertudung sehingga ke akhir hayatnya? Fikir-fikirkanlah..
 
Sekadar Gambar Hiasan