Like Fanpage : Follow twitter :

Amalina Che Bakri, ‘kecundang’ di negara orang..

Posted by Ir on Monday, January 02, 2012

Dulu, Amalina Che Bakri, pernah menjadi kebanggaan kita semua kerana keputusan yang cemerlang 17A1 dalam SPM 2004.. Amalina Che Bakri akhirnya menerima penajaan dari Bank Negara untuk melanjutkan pelajaran di oversea..

Beberapa tahun selepas itu, timbul isu dimana Amalina Che Bakri gagal dalam peperiksaan di universiti. tetapi isu itu disangkal oleh salah seorang blogger yang menuntut satu universiti dengan Amalina.

Siapa sangka, hari ini, isu kedua muncul apabila ramai yang terkilan dengan perubahan penampilan Amalina Che Bakri yang dulunya bertudung, akhirnya tudung hilang entah kemana. Gambar yang ditemui di facebook Amalina Che Bakri, menampakkan beliau seakan-akan beyonce.

Perubahan ini menaikkan kemarahan ramai yang pernah satu ketika dahulu mengagumi dirinya yang meraih keputusan cemerlang dalam SPM..

Belajar di oversea, perlukan iman yang kuat… Agama tetap menjadi pegangan. Salah langkah begini la jadinya.. Kita hanya mampu berdoa untuk Amalina Che Bakri.

Wallahualam.. Kalau boleh, apa yang kita nantikan adalah mungkin kenalan Amalina boleh tampil memberi kenyataan…

Facebook Amalina Che Bakri telah  deactived! mungkin ramai yang menghantar Private Message terhadap Amalina untuk minta penjelasan..