'Tiada maaf bagimu dan tiada esok bagimu!'
![]() |
Sumber dari Kosmo! Online |
Amaran keras tu dikeluarkan oleh DS Ahmad Said merangkap MB Terengganu kepada semua pemain dua beradik iaitu Terengganu dan T-Team.
DS Ahmad Said menegaskan untuk mengambil tindakan serius sekiranya didapati pemain-pemain 2 team berkenaan terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan pada kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim ni.
Dalam pada tu, pemain-pemain 2 team ni juga akan berhadapan dengan tindakan pemotongan gaji kalau mana-mana pemain sengaja dapat kad merah dan berpura-pura injured.