Like Fanpage : Follow twitter :

Chika Pow Pow Ibarat Berjudi?? | Website Bidaan

Posted by Ir on Wednesday, June 27, 2012

image

Chika Pow Pow.. Pernah dengar? Actually ini baru lagi diperkenalkan, baru beberapa bulan. Tapi berbeza dengan lelong.com.my dan bidaan nombor plat kereta.

 

Bila orang kata, Chika Pow Pow boleh dapatkan barang barang yang ditawarkan dengan harga murah melalui bidaan. TETAPI untuk membuat bidaan, seseorang tuh perlu membeli CHIKAS, iaitu point untuk bidaan.. tengok kat bawah ni.

 

image

Aku amik yang paling murah. Kalau kita bahagikan 1 CHIKAS berharga RM1.50 (RM37.50 / 25).. So kalau kita beli CHIKAS ni, kita akan dapat point. Win win situation.

 

Next, kita tengok bila kita dah menang bidaan dan kalah bidaan. Kebiasaannya, kita buat bidaan no plat kereta, kita just shout out berapa kita mampu tanpa keluarkan duit lagi, dan jumlah tuh kalau tertinggi, kita jadi pemenang, dan terus bayar. Untuk mereka yang shout out tapi bidaan dia rendah, dieorang tak perlu bayar apa apa. Betul?

 

Kalau dalam CHIKA POW POW dia berbeza. berbekalkan modal pembelian CHIKAS seperti di atas, baru kita boleh membuat bidaan. Setiap bidaan kita akan bertaruh 1 CHIKAS, dan meneruskan bidaan chikas sehingga orang lain dah kehabisan chikas. Kalau kita menang, nevermind..Win win situation tapi yang kalah pulangan dia tak ada apa apa melalui bidaan CHIKAS. Seperti pertaruhan.. Betul tak?

 

Ok aku terangkan pulak macam mana JUDI berfungsi. Sebelum main, mereka akan beli coin, dan semasa main mereka mempertaruhkan COIN tersebut. Siapa yang bertuah di akan dapat semua wang pertaruhan tuh, dan yang kalah kira tak dapat apa apa.. So Sama tak macam CHIKAS POW POW macam JUDI?  Fikir fikirkan, cuba baca balik entry Macam mana dikatakan judi..?

 

CHIKA POW POW ni modal dia adalah dengan membeli CHIKAS. Untuk barangan seperti smartphone bidaan 1 CHIKAS bersama kenaikan sebanyak RM 0.05 sen . Sebab barang permintaan ramai dan tinggi.

 

image

Aku ambil contoh  Galaxy Note diatas.

 

Contoh Kiraan kenaikan 1 CHIKAS bersamaan RM 0.05

1) Kita kira dengan membahagikan RM 173.65 dengan RM 0.05 . Total bidaan bersamaan 3473 CHIKAS

 

2) Jumlah 3473 Chikas di darabkan dengan RM 1.50 = RM 5155.50

 

3) Keuntungan CHIKA POW POW dapat dengan bidaan ni adalah +-RM3000 . Betol? sebab harga dia hanya RM 2000 ++.

 

Keuntungan dia dapat. RM 3000 +-. Kita takleh tengok harga dia RM173.65, tapi kita kena tengok dari segi modal kita yang bertaruh ibarat judi untuk memiliki sesuatu. Berapa banyak dah yang kita beli CHIKAS untuk membuat pertaruhan??? Yang dapat untung adalah mereka yang menjadi pembida terakhir dan CHIKA POW POW. Yang membeli CHIKAS dan kalah, sememang nya RUGI!!

 

Comment dari seseorang di facebook.

image

 

Renung renungkan…. AKu bukan nak jatuhkan CHIKA POW POW ni..tapi untuk mereka yang bergelar MUSLIM, fikir fikirkan lah…