SAMBAL tahun kerang selalu dimasak di musim perayaan atau kenduri-kendara yang sangat digemari masyarakat Jawa. Selain kerang, ada yang menggunakan ikan bilis ataupun perut lembu. Apa yang penting, kepedasannya yang menyengat kerana itu yang paling memikat tetamu.
Kenapa ia dipanggil sambal tahun? Rupa-rupanya kerana teknik masakannya yang lama berserta api sederhana, ia boleh tahan lama. Sambal ini boleh disimpan dan semakin lama semakin sedap rasanya.
RM 10,000 untuk Photo Contest!! Siapa nak bagi banyak ni weh!!
Resipinya mungkin seperti rendang ataupun masak lemak cili api saja kerana menggunakan santan, halia, lengkuas dan serai tetapi kelainannya dirasai kerana tambahan taucu.
Masak lemak ditambah taucu? Ternanti-nanti bagaimana rasanya tetapi setelah siap dan makan bersama nasi panas, baru tahu betapa sedap resipi ini. Terima kasih kepada Khamisah Mohd Nazri yang berkongsi resipi yang boleh dimakan bersama nasi mahupun dinikmati dengan nasi himpit ini.
Bahannya:
2 kilogram kerang
5 sudu minyak
4 inci lengkuas dihiris halus
Santan (sebiji kelapa, ambil patinya)
2 sudu taucu
Sekeping asam keping
20 biji cili padi (atau mengikut selera)
Garam, gula dan perasa secukup rasa
Bahan ditumbuk:
2 batang serai
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci belacan
2 inci halia
Harian Metro – 18 Jan 2012